Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) haru biru

Uncategorized MAS 06-Dis-2019

Beberapa perwakilan dan ahli sayap Parti Keadilan Rakyat dihalang masuk ke dewan persidangan menyebabkan berlakunya kekacauan. Pasukan keselamatan parti bertindak sedemikian dengan alasan ketiadaan pas dan ahli tidak memakai baju Melayu. Insiden pergaduhan berlarutan lebih setengah jam sebelum keadaan sedikit reda.

Bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor yang dipecat November lalu antara ahli terlibat. Ketika ditemui, beliau menyatakan kehadiran beliau adalah kritikal untuk melantik Pengerusi Tetap yang baru. Malahan Kongres AMK adalah tidak sah tanpa kehadiran beliau. Beliau yang mendakwa ditolak, dipukul dan dicekak di bahagian belakang juga akan membuat laporan polis akibat kekasaran fizikal yang dialami.