Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) persoal asas penggantungan oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)

Uncategorized MAS 22-Dis-2019

MTUC mempersoal kewajaran pihak RoS menggantung perkhidmatan organisasi berkenaan yang telah lama memperjuangkan hak pekerja.

Menurut presidennya, MTUC juga masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada RoS sehingga kini. Selain itu, isi kandungan surat berkenaan yang bakal mengakibatkan organisasi itu digantung aktivitinya perlu diperhalusi MUTC.

Pihak MTUC telah berkunjung ke pejabat RoS pada Jumaat lalu untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan. RoS memaklumkan bahawa surat yang dikeluarkan kepada MTUC telah dibatalkan. Namun  pihak MUTC diberitahu terdapat surat terkini yang dikeluarkan pada 18 Disember.

MUTC telah memaklumkan RoS tentang Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan untuk menganjurkan Majlis Am pada 29 Disember.