Konsert ‘Malaysia Live Tour 2019’ Sean Kingston 19 Oktober Ini

Masih ingatkah anda pada lagu Beautiful Girls nyanyian Sean Kingston yang popular pada sekitar tahun 2007 dan 2008?

Lagu hits tersebut pernah mengungguli tangga teratas Billboard Hot 100 pada ketika itu.

Kini, penyanyinya, yang merupakan seorang penyanyi rap berbangsa Jamaica-Amerika itu bakal datang ke Malaysia dalam siri Malaysia Live Tour 2019.

Bertempat di Quill Convention Center, Quill City Mall Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2019, artis yang pernah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Remember You dan Kilafairy untuk lagu Put The Word In itu akan turut mengadakan persembahan dengan beberapa artis Malaysia yang lain pada siri jelajah tersebut.

Bakal berduet dengan barisan penyanyi rap hebat Malaysia; Sona One, Alif, DJ Pennie dan DJ Jvene, persembahan Sean Kingston pasti memukau para peminat dengan lagu-lagu hitsnya yang pasti akan menggamit memori.

Tiket-tiket dijual pada harga RM1,688 bagi sebuah meja (VIP Zone), RM238 (Rock Zone) dan RM138 (PS1).

Tiket boleh didapati di Ticket Charge.

Sebelum ini, penyanyi yang ditemui bakatnya dari laman media sosial MySpace itu pernah berkolaborasi dengan ramai penyanyi hebat seperti Justin Bieber, Nicki Minaj, Kanye West, Dr Dre dan banyak lagi.

Selain Beautiful Girls, lagu-lagu hitsnya seperti Fire Burning, Eenie Meenie duet dengan Justin Bieber dan My Love berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi di YouTube.

Foto: Click Entertainment

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Bakal berduet dengan barisan penyanyi rap hebat Malaysia; Sona One, Alif, DJ Pennie dan DJ Jvene, persembahan Sean Kingston pasti memukau para peminat dengan lagu-lagu hitsnya yang pasti akan menggamit memori.