Konsert Mini Shopee X SIMPLYSITI Mengimbau Kenangan Lama Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Baru-baru ini penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mengadakan konsert mini bersama dengan lebih 1000 peminat beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konsert mini ini merupakan kerjasama antara Shopee dan SIMPLYSITI. Ia bertujuan untuk memberi ganjaran kepada peminat setia Shopee dan SIMPLYSITI serta mendekatkan peminat-peminat dengan Siti Nurhaliza.

“Sebenarnya ada lagu dari setiap album kecuali album tradisional kerana malam ini kita dah tetapkan tiada konsep tradisional.”

Sehabis sahaja Siti menyanyikan lagu pertama iaitu ‘Jerat Percintaan,’ beliau sebak dan menangis apabila melihat salah seorang penari beliau memakai seragam sekolah muncul di atas pentas.

“Saya sendiri yang minta dancer saya memakai baju sekolah untuk dia jadi pendua saya, maknanya dia Siti Nurhaliza yang dulu. Tapi bila dia naik tangga, hati saya tak boleh tahan kerana teringat ‘flashback’ dulu dengan arwah bapa saya dan perjalanan saya selama ini dalam industri seni”

 

Siti juga telah menyanyikan lagu-lagu yang jarang dinyanyikan di konsert-konsertnya sebelum ini. Antaranya adalah ‘Wajah Kekasih,’ ‘Biarlah Rahsia,’ ‘Anta Permata’ dan live buat pertama kalinya lagu ‘Kasihku Selamanya’ OST filem Dendam Pontianak.

 

Siti menjelaskan banyak keistimewaan dan kelainan di mini konsert ini kerana peminat berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan dan menarik seperti “Complete the Lyrics” di mana mereka diuji dengan melengkapkan lirik lagu-lagu Siti dan juga aktiviti “How Well Do You Know Siti Nurhaliza” pengetahuan peminat diuji dengan menjawab soalan-soalan berkenaan dengan Siti.

Pada mini konsert ini juga sebanyak tiga kali tarian ikonik Shopee Shark yang terkenal ditarikan. Ia merupakan masa yang dipenuhi dengan gelak ketawa apabila Siti serta penonton turut menggoyang telefon mereka dalam aktiviti Goyang Shopee untuk menangi Shopee Coins.

 

Mereka yang tidak dapat hadir ke konsert mini atau mengimbas kembali malam tersebut boleh menyaksikan siaran ulangannya di Astro Prima, saluran 105, dari jam 9 p.m – 11 p.m pada 26 September 2019.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

“Saya sendiri yang minta dancer saya memakai baju sekolah untuk dia jadi pendua saya, maknanya dia Siti Nurhaliza yang dulu. Tapi bila dia naik tangga hati saya tak boleh tahan kerana teringat flashback dulu dengan arwah bapa saya dan perjalanan saya selama ini dalam industri seni”