Konsert Terakhir Boyzone Sentuh Hati Peminat Malaysia

Kumpulan muzik terkenal dari Ireland iaitu Boyzone kembali ke Malaysia buat kali kedua untuk mengadakan konsert terakhir mereka yang diberi nama Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019.

Biarpun baru sahaja datang ke Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu, namun kujungan Boyzone kali ini pastinya meninggalkan seribu makna buat peminat setia mereka kerana ini adalah konsert terakhir sebelum mereka semua membawa haluan masing-masing.

Hampir 5000 peminat hadir ke Stadium Melawati Shah Alam pada Jumaat lalu bagi menyaksikan sendiri Ronan Keating, Shane Lynch, Keith Daffy dan Mikey Graham mengalunkan lagu-lagu hits mereka buat kali terakhir.

Sebanyak 22 buah lagu dipersembahkan termasuklah Who We Are, Baby Can I Hold You, Love Me For A Reason, Every Day I Love You dan Nothing At All. 

Suasana menjadi gamat seketika apabila mereka turun ke bawah pentas untuk menyanyi bersama peminat dan mendekati peminat-peminat mereka di Malaysia buat kali terakhir.

Di pertengahan konsert, mereka sempat membuat ‘tribute’ khas kepada salah seorang ahli anggota Boyzone iaitu Stephen Gately yang telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada tahun 2009.

Konsert Boyzone Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019 ini telah dibawakan khas oleh syarikat Wowstar Creative Entertaiment.

 

Foto : Wowstar Creative Entertaiment