Kontinjen Malaysia catat prestasi hambar pada Sukan SEA Filipina

Uncategorized MAS 12-Dis-2019

Setelah menamatkan edisi ke-30 dengan pencapaian 56 emas, 57 perak dan 72 gangsa, kontinjen negara dilihat mencatat sejarah memalukan. Pencapaian kempen kali ini jauh tersasar daripada matlamat 70 emas, 51 perak dan 105 gangsa.

Dengan sejumlah 773 atlet dan 339 pegawai yang bertanding dalam 52 daripada 56 acara, pungutan pingat yang diterima tampak tidak setimpal. Malaysia juga cuma mampu berada pada tempat kelima berbanding sasaran tempat keempat keseluruhan.

Pencapaian kali ini juga jauh ketinggalan berbanding kutipan 68 emas, 52 perak dan 96 gangsa yang dicatat pada Sukan SEA Korat 2007. Pada temasya tersebut Malaysia diwakili 428 atlet dan 294 pegawai.