Konvensyen Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang dijangka panas

Uncategorized MAS 14-Dis-2019

DAP berdepan kemelut persepsi parti itu gagal menguruskan isu-isu penting setelah membentuk kerajaan dalam Pakatan Harapan (PH).

Antara isu besar adalah penahanan ahlinya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Sosma), pengajaran Jawi di sekolah-sekolah vernakular dan pengurangan pembiayaan kerajaan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).

Konvensyen tahunan di Butterworth esok dijangka menjadi medan untuk menyuarakan pandangan akar umbi yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti. Pimpinan parti menegaskan ahli-ahli akan diberikan ruang bagi membangkitkan kebimbangan dan mengusulkan cadangan kepada parti.

Informasi tentang rancangan kerajaan PH di peringkat persekutuan dan negeri juga akan disebarkan kepada ahli.