Korea Selatan langgan AS$6.28 bilion senjata Amerika Syarikat (AS)

Uncategorized MAS 16-Dis-2019

Laporan Agensi Pertahanan bagi Teknologi dan Kualiti Korea Selatan menyebut antara 2009 dan 2018, nilai eksport senjata AS adalah AS$93.1 bilion. AS$6.28 bilion daripadanya adalah eksport ke Korea Selatan dan merupakan pembelian yang keempat terbesar di dunia.

Korea Selatan telah membeli 40 unit pesawat pejuang Stealth F-35A, empat pesawat tanpa pemandu Global Hawk dan pelbagai jenis peluru berpandu.

Arab Saudi adalah negara pembeli utama senjata AS dengan nilai AS$13.47 bilion diikuti Australia (US$7.76 bilion) dan Emiriah Arab Bersatu (US$6.92 bilion).

Jenis senjata AS paling popular dieksport merupakan pesawat (56.1%) manakala peluru berpandu (16.5) dan kenderaan berperisai (11.8%).