Kos selenggara kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) RM100 juta setahun

Uncategorized MAS 16-Dis-2019

Dewan Negara diberitahu kos penyelenggaraan sebuah kapal selam kendalian TLDM berjumlah RM100 juta setahun. Kos berkenaan termasuk perkhidmatan sokongan operasi serta logistik. Penyelenggaraan limbungan kapal selam milik TLDM di Kota Kinabalu juga termasuk dalam kos berkenaan.

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong, menyatakan fakta tersebut bagi menjawab soalan Senator Datuk Zahari Sarip tentang peruntukan untuk penyelenggaraan kapal selam milik negara.

Senator berkenaan juga bertanyakan soalan tambahan tentang cadangan menambah bilangan kapal selam. Timbalan Menteri menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk menambah bilangan kapal selam sedia ada. Keputusan ini dibuat meskipun Singapura dan Indonesia memiliki lima manakala Vietnam enam buah kapal selam.