Kota Madinah diiktiraf sebagai antara bandar paling bersih di dunia

Terkenal Md Wa'iz
Md Wa'iz
Kota Madinah diiktiraf sebagai antara bandar paling bersih di dunia
Kota Madinah diiktiraf sebagai antara bandar paling bersih di dunia © abouther.com

Awal tahun ini, satu rekod baharu telah dicipta oleh kota Madinah Al-Munawwarah di Arab Saudi. Kota ini telah diiktiraf sebagai antara bandar paling sihat di dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iktiraf kota Madinah

Kota Madinah Al-Munawwarah adalah bandar kedua paling suci bagi umat Islam. Ini kerana di sana terletaknya Masjid Nabawi atau Masjid Nabi yang menempatkan jasad mulia baginda Rasulullah SAW.

Pada bulan Januari 2021, bandar Madinah yang memiliki penduduk lebih daripada 2 juta orang ini telah diiktiraf sebagai antara bandar paling sihat di dunia.

Pengiktirafan ini telah diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kumpulan pemantau WHO telah mendapati bandar tersebut memenuhi kesemua kriteria global yang telah ditetapkan.

Kerjasama semua pihak menjadikan Madinah bandar tersihat

Banyak usaha strategik telah dilakukan untuk memenuhi kesemua kriteria atau ketetapan untuk diiktiraf sebagai bandar paling sihat. Kerajaan Arab Saudi telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menjadikannya satu kenyataan.

Sebanyak 22 pihak dan agensi yang terdiri daripada jabatan kerajaan, komuniti, serta organisasi kebajikan dan sukarelawan terlibat dalam memenuhi kriteria ini.

Dengan pengiktirafan daripada pihak WHO ini, ia menjadikan Madinah sebagai bandar pertama di dunia dengan penduduk melebihi 2 juta orang yang mendapat pengiktirafan tersebut.

Kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak universiti

Dalam program bandar tersihat oleh WHO ini, satu program perkongsian strategik dengan pihak Universiti Taibah telah dilaksanakan. Tujuannya adalah untuk merekodkan keperluan pihak kerajaan melalui platform elektronik yang kemudiannya akan dinilai oleh pihak WHO.

Malah, pihak WHO juga telah menyarankan kepada Universiti Taibah untuk menyediakan latihan kepada agensi perbandaran daripada negara-negara lain yang berminat dengan program badar tersihat dunia ini.

Menurut rektor Universiti Taibah, Dr. Abdul Aziz Al-Sarani, program bandar paling sihat ini bertujuan untuk memperbaiki isu-isu sosial, ekonomi serta persekitaran yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan manusia.

Maksud bandar paling sihat menurut WHO

Menurut WHO, sebuah bandar yang sihat adalah bandar yang sentiasa mewujudkan atau memperbaiki persekitaran fizikal dan sosialnya.

Bandar yang sihat juga adalah bandar yang mengembangkan sumber masyarakatnya agar menyokong dan membantu antara satu sama lain untuk menjalani kehidupan dengan baik.

Lambang orang Islam adalah pembersih

Pengiktirafan WHO ini sekaligus mncerminkan bahawa orang-orang Islam adalah antara golongan yang sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, pengiktirafan ini juga mampu menarik perhatian dunia berkenaan kota suci kedua bagi umat Islam ini.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.