Krismas: Diskaun 10 peratus tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Uncategorized Adea Ghafar 24-Dis-2019

GEORGE TOWN, 23 Dis — Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) mengumumkan diskaun 10% ke atas bayaran tol bagi semua kenderaan Kelas Satu yang menggunakannya bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam Rabu, sempena perayaan Krismas 25 Disember ini.

Diskaun ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat JKSB bagi menghargai pengguna dan memudahkan urusan pengguna JSAHMS. Kepada semua penganut agama Kristian, JKSB mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas, pastikan pemanduan dengan berhemah serta berhati-hati di jalan raya.

Untuk informasi terkini, layari laman sesawang JSAHMS di www.jambatankedua.com.my atau media sosial Twitter @jsahmsofficial dan Facebook www.facebook.com/jsahmsofficial