Kulit Bersinar Dengan Pancaran Kuasa Tumbuhan Alpine NAFURA

Pengasas Nafura, Lina Ahmad tahu apa yang perlu untuk berjaya dalam industri kecantikan – dan tentunya dengan kerja keras dan ketabahan. Bekas arkitek ini telah menubuhkan syarikat kecantikannya sendiri pada 2012, yang mengedarkan rangkaian penjagaan kulit dan solekan dari Korea yang telah berjaya menarik ramai pengikut dan menarik perhatian jurusolek serta pengguna.

Hanya dalam masa tujuh tahun menghimpun maklum balas dengan pengguna setia, membangunkan kesedaran mengenai kepentingan bahan-bahan pada kulit wajah dan memahami pasaran kecantikan; Lina kini mempunyai jenamanya sendiri, Nafura, di mana dia bekerjasama dengan saintis dari Korea untuk menghasilkan formulasi yang sesuai untuk wanita moden kini.

Saya teruja untuk berkongsi dua produk baru dari jenama penjagaan kulit kami, Nafura. Memperkenalkan Nafura Alpine Snow White Moisturiser dan Nafura Alpine Snow White Serum yang diformulasi dengan bahan-bahan semulajadi, bebas paraben, bebas alkohol, tiada pewarna tiruan dan tiada minyak mineral,” menurut Lina.

Tambah Lina, “Penyelidikan mendalam telah dibuat bagi menghasilkan produk ini. Bahan utamanya adalah dari 7 ekstrak tumbuhan yang diperolehi dari daerah Valais di pergunungan Swiss. Ia mempunyai bahan pelembapan yang dapat membantu memberi wajah lebih cerah dan berseri.”

 

Nafura Alpine Snow White Serum, RM88 (35ml)

Serum berkuasa ini menyerap ke dalam kulit dan terus memancar dan mencerahkan wajah yang kusam dan keletihan. Formula pelembapan dari Korea memperbaiki tekstur kulit yang menjadikan kulit lembut dan bersinar. Ia juga diperkaya dengan 7 ekstrak tumbuhan Alpine yang mesra kulit; Mallow, Peppermint, Primrose, Yarrow, Speedwell Herb, Mint Balm dan Lady’s Mantle.

Ia disyorkan untuk kegunaan semua jenis kulit. Bebas dari paraben, silikon, minyak mineral, sulfat dan benzophenone serta ia bebas dari ujian ke atas haiwan.

Nafura Alpine Snow White Moisturiser, TBC (50ml)

Ketahui bagaimana untuk anda kecapi kulit yang lebih cerah dan sihat. Diperbuat daripada formulasi eksklusif Korea, krim pelembap ini menyegarkan dan membantu mengekalkan hidrasi dalam kulit untuk wajah berseri-seri. Diperkaya dengan 7 ekstrak tumbuhan Alpine yang mesra kulit; Mallow, Peppermint, Primrose, Yarrow, Speedwell Herb, Mint Balm dan Lady’s Mantle.

 

Nafura Alpine Snow White serum dan moisturiser boleh diperolehi secara online di www.nafura.my , di kedai Health Lane Family Pharmacy dan melalui ejen bertauliah seluruh negara, Brunei dan Singapura mulai August 1, 2019.