Kulit Wajah Berseri Di Pagi Aidilfitri Dengan Masker Peter Thomas Roth

Bagi anda yang gemarkan memakai masker sebagai salah satu rejim kecantikan anda, apa kata anda cuba masker terbaru daripada Peter Thomas Roth.

Terdapat pelbagai jenis masker dengan pelbagai fungsi yang berbeza untuk anda cuba sendiri dalam mendapatkan kulit yang sihat, bersinar dan sekata.

Untuk yang inginkan kulit yang kelihatan awet muda dan kelihatan berseri sepanjang masa, anda boleh cuba 24k Gold Mask. Rawatan anti-penuaan ini membantu melembutkan garis-garis halus dan kedut untuk penampilan yang lebih cerah dan muda. Masker emas 24K ini adalah bebas alkohol dan bebas minyak, serta melembabkan kulit. Ia turut mengandungi kafein yang membantu mengetatkan dan menguatkan kulit.  Di dalam masker ini turut mempunyai Peridot, batu permata yang indah yang kaya dengan magnesium, yang  dapat membantu mengurangkan kesan penuaan akibat tekanan.


Irish Moor Mud Mask – Untuk yang inginkan pembersihan kulit secara maksima, masker yang mengandungi lumpur moor dari Ireland yang tidak berbau ini dapat membersihkan wajah anda dari sebarang kotoran dan minyak berlebihan disamping melembabkan kulit. Dengan tahap  kandungan organik  yang tinggi di dunia, lumpur hitam moor  yang berusia 9,000 tahun dituai dengan tangan dari kawasan luar bandar Ireland. Ia kaya dengan nutrien, mineral penting, dan antioksidan yang kuat, ia membantu melindungi daripada kerosakan kulit.

Blue Marine Algae Mask – Masker yang kaya dengan nutrisi penghidaratan yang membantu untuk menenangkan kulit wajah serta memelihara kulit dengan kandungan alga laut biru. Alga marin biru adalah rumput laut berkhasiat yang menyemai kulit dengan nutrien untuk membantu mempertahankan diri daripada dehidrasi dan mencegah kerosakan masa depan. Antarcticine-glycoprotein yang unik yang berasal dari ais glasier Arktik membantu kulit mengekalkan air dan melindungi terhadap kehilangan air dalam iklim atau suhu yang melampau.


Cucumber Gel Mask – Masker ini sesuai digunakan untuk mereka yang sering terdedah dengan sinaran terik mentari, serta yang sering melakukan waxing serta rawatan kulit wajah yang mampu menbuatkan kulit anda kelihatan kusam. Masker ini dapat membantu anda mengembalikan kembali seri wajah dan kelihatan segar sepanjang masa. Mengandungi ekstrak botanikal timun, papaya, chamomile, nenas, gula maple, tebu, jeruk, lemon, bilberry, dan aloe untuk kesan yang menenangkan serta mampu mengurangkan bengkak.

Bagi anda yang inginkan kulit yang cantik pada hari raya nanti, apa kata anda cuba dari sekrang masker hebat ini yang pastinya akan membuatkan kulit anda kelihatan berseri-seri di Aidilfitri. Kesemua masker ini boleh didapati di semua cawangan Sephora Malaysia atau anda juga boleh beli di atas talian di laman rasmi Sephora Malaysia.

 

Sumber : Sephora Malaysia