Kumpul Koleksi Comel Disney Tsum Tsum ‘Roly Eggy’

Mungkin tidak ramai daripada kita yang mempunyai minat mengumpul alat tulis.

Dengan zaman teknologi dan segalanya berada di hujung hari, alat tulis mungkin tidak lagi menjadi sesuatu yang wajib dimiliki bagi seorang dewasa yang telah bekerja.

Walaupun begitu, bagi anda yang berjiwa sentimental dan gemar mengumpul barangan yang unik, comel dan sukar untuk ditemui, anda boleh mendapatkan koleksi khas alat tulis bertemakan Disney iaitu Disney Tsum Tsum roly eggy.

Diedarkan oleh Tesco Malaysia, terdapat 16 roly eggy daripada karakter-karakter kartun Disney popular termasuk Mickey Mouse, Donald Duck, Princess Elsa dan Anna daripada Frozen dan Belle daripada Beauty And The Beast.

Di samping watak-watak tersebut yang direka dalam bentuk roly eggy, terdapat juga alat tulis mini seperti pen, krayon, pemadan, highlighter dan pengasah pensil yang diletakkan di dalam alat tersebut, yang pastinya akan membuatkannya kelihatan lebih comel.

“Koleksi Disney Tsum Tsum ini merupakan salah satu daripada program eksklusif Tesco Clubcard yang dilancarkan pada tahun ini bagi membawakan lebih keterujaan dan nilai tambah kepada pelanggan setia Tesco.

“Untuk kali ini, kami mengetengahkan karakter-karakter Disney yang sememangnya digemari ramai bagi memberikan sesuatu yang unik dan istimewa kepada bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa yang tidak pernah berhenti meminati kartun-kartun Disney walau berapa pun umur mereka.

“Selain itu, kami sedar aktiviti membeli-belah barangan kelengkapan dapur adakalanya boleh menjadi satu rutin yang membosankan.

“Jadi, dengan adanya koleksi roly eggy ini, ia diharap dapat menjadi sesuatu yang dinantikan-nantikan oleh pelanggan apabila mereka melakukan aktiviti beli-belah di Tesco,” ujar Pengarah Pelanggan Tesco Malaysia, Vivian Yap.

Disney Tsum Tsum roly eggy kini boleh didapatkan di kesemua cawangan Tesco Malaysia sehingga 13 November 2019.

Kesemua 16 karakter yang dijual adalah Mickey Mouse, Donald Duck; Winnie the Pooh dan Tigger (Winnie The Pooh); Woody, Buzz Lightyear dan Alien (Toy Story); Elsa, Anna dan Olaf (Frozen); Sully dan Mike (Monster Inc); Joy dan Sadness (Inside Out); Belle (Beauty And The Beast) dan Stitch (Lilo & Stitch).

Foto: Tesco Malaysia

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Di samping watak-watak tersebut yang direka dalam bentuk roly eggy, terdapat juga alat tulis mini seperti pen, krayon, pemadan, highlighter dan pengasah pensil yang diletakkan di dalam alat tersebut, yang pastinya akan membuatkannya kelihatan lebih comel.