Kurang 10 kes positif COVID-19 semakin dekat

Kehidupan Syed Safri 19-Mei-2020
Hentikan penularan COVID-19 © Abdul Razak Abdul Latif | Dreamstime.com

Ketua Pengarah Kesihatan,  Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengatakan, Malaysia sedang berada di landasan yang betul dalam jangkaan jumlah kes positif baru COVID-19 bawah 10 kes, tidak lama lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengejar sasaran itu. Semenjak awal bulan dalam dua minggu ini, kes-kes baru COVID-19 tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan, tetapi tidak juga menurun secepat yang diharapkan.

Kes-kes terkini masih bertahan sekitar 20 kes. Dari segi kepentingan awam, kes-kes yang telah dikenalpasti masih terkawal dan boleh diambil tindakan. Lebih penting lagi, tindakan boleh diambil untuk mencegah jangkitan daripada merebak.

KKM terus berharap agar dapat mengekalkan angka dua digit kes baharu positif COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebab jumlah kes baru berada di dua digit. Yang lebih penting, tidak ada peningkatan mendadak dikesan dalam jumlah kes positif baru.

Menurut Dr. Noor Hisham, beliau masih boleh menerima selagi angkanya kurang daripada 50. Tetapi tujuan yang dikehendaki ialah angka yang lebih baik daripada itu. Dan ini boleh dicapai dengan semangat bekerjasama.

Adalah penting bagi masyarakat supaya terus mematuhi SOP (prosedur operasi standard). Sementara itu, hari ini kira-kira 35 kes jangkitan tempatan telah dikenalpasti dan 22 orang daripadanya adalah warga asing.

Di Kuala Lumpur, masih ada dua kawasan aktif di bawah pengawasan ketat. Ini adalah yang kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Chow Kit dan di sekitar Pudu.  Ujian telah dibuat kepada ramai warga asing di situ. Walaupun ada jangkitan tempatan, kebanyakannya melibatkan orang asing.

Pada masa ini terdapat 1,436 tahanan di Pusat Tahanan Depoh di Kuala Lumpur. 1,000 daripadanya telah menjalani pemeriksaan saringan COVID-19, dan ujian saringan masih terus dijalankan. Tindakan balas ini adalah berikutan laporan dari Myanmar mengenai kes positif COVID-19 yang melibatkan pekerja asing yang dihantar pulang dari Malaysia, yang ditempatkan di Blok A, Pusat Tahanan Depot di Kuala Lumpur.