Laksa Sardin Mudah Daripada Ayam Brand

Buat penggemar Laksa, apa boleh cuba masak resepi mudah daripada Ayam Brand ini. Masa penyediaan hanya 20 minit, begitu juga dengan masa memasak.

Bahan-bahan yang diberikan juga mudah untuk dicari dan kuantitinya boleh dinikmati oleh empat orang dewasa.

Jadi, jika anda punya keluarga yang kecil, lebih baik masak sendiri. Lebih menjimatkan.

Bahan-bahan:

1 paket mi laksa atau mi kuning, dibasuh, dicelur dan ditoskan air

2 batang daun selasih segar atau ketumbar, dicincang

Bawang goreng

Limau kasturi

2 biji telur direbus dan dibelah dua

Garam secukup rasa

100 ml santan

Bahan-bahan untuk dikisar:

1 tin Sardin Ayam Brand dalam Minyak Zaitun Ekstra Dara & Cili

2 sm kunyit hidup

3 batang serai

80 gm Bawang Merah

1 inci belacan yang sudah dibakar

3 biji cili merah

100 ml santan yang dicampur dengan 1 liter air

Cara memasak:

1) Didihkan bahan-bahan yang dikisar di atas api sederhana dan biarkan mendidih selama 15 minit. Tambah santan berlebihan dan masukkan bahan perisa secukupnya.

2) Untuk menghidang, bahagikan mi ke dalam empat mangkuk dan tuangkan kuah sardin. Hiaskan dengan selasih, bawang goreng dan telur rebus.

3) Perahkan sedikit limau kasturi sebagai pelengkap rasa.

Resipi : Ayam Brand Malaysia

Kredit foto : Ayam Brand