Langkawi Lagoon Beach Resort– Resort Pilihan Keluarga

Langkawi seringkali menjadi pilihan percutian seisi keluarga. Walau bagaimanapun, kadang kala keinginan serta kehendak anak-anak  adalah berbeza  dengan agenda percutian orang dewasa. Namun sekiranya terdapat penginapan yang mampu memenuhi keinginan percutian untuk semua peringkat umur ia akan menjadi suatu percutian yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga. Langkawi Lagoon Beach Resort adalah jawapan kepada keluarga yang ingin bercuti ke Langawi.

Terletak hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, resort ini mempunyai 48 bilik mengikut kepada selera setiap penginap hotel samada bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan, keluarga mahupun yang berbulan madu. Bagi mereka yang memilih resort ini anda diberi beberapa jenis pilihan bilik mengikut citarasa dan bajet yang berseuaian dengan percutian anda. Antaranya, Water Junior Chalet, Family Room Room Garden, Deluxe Sea View, Lagoon Water Chalet dan Premier Water Chalet.

smartcapture

Pelbagai fasiliti juga disediakan bagi memastikan keselesaan serta keperluan setiap penginap resort. Kolam renangnya yang luas sesuai untuk penginap dewasa, turut disediakan juga kolam renang khusus untuk kanak-kanak. Game room juga disediakan bagi mereka yang ingin menghabiskan masa di resort ini. Selain itu, penginap resort juga boleh menjamu selera di restoran resort yang menyediakan pelbagai pilihan menu dari juadah barat hinggalah ke juadah tempatan.

Kiranya anda tidak mempunyai sebarang perancangan aktiviti di Langkawi, Langkawi Lagoon Beach resort ada menyediakan pakej 3 hari 2 malam Romantic Escapade dan pakej 3 hari 2 malam Funmily  Gateway. Terserah kepada anda memilih pakej yang bersesuaian dengan aktiviti percutian.

Dengan harga yang berpatutan serta penginapan yang selesa untuk seisi keluarga Langkawi Lagoon Beach Resort adalah pilihan yang tepat untuk percutian anda. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang https://langkawilagoonbeach.com/

 

Ditulis oleh: Wan Azfarozza Wan Athmar

Gambar ihsan Langkawi Lagoon Beach Resort