Latihan pengungsian BSI esok, orang ramai diminta jangan cemas

Uncategorized Syed Safri 18-Dis-2019

JOHOR BAHRU, 17 Dis — Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais mengumumkan tentang latihan keselamatan pengungsian Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru Sentral, esok malam. Beliau berharap orang ramai dapat merancang perjalanan dengan baik dan tidak akan cemas sepanjang  latihan pada pukul 10 ke 12 tengah malam.

Program tahunan anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ini telah bermula sejak 2011 dan merangkumi pelbagai latihan seperti gegaran, ancaman bom dan serangan pengganas.

Ia diharap dapat menunjukkan pentingnya latihan keselamatan pengungsian bangunan yang mengikut kaedah Majlis Keselamatan Negara.