Lawatan kanak-kanak kurang bernasib baik ke Petrosains dan Aquaria KLCC

Uncategorized Yen Doran 16-Dis-2019

Seramai 90 kanak-kanak dari kawasan penempatan Program Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Kota Damansara dan Kampung Orang Asli Hulu Cemperuh, Bentong, Pahang melawat ke Petrosains, Discovery Centre dan Aquaria KLCC pada 16 Dis.

Lawatan itu bertujuan untuk membuka mata kanak-kanak dan mencetuskan rasa ingin tahu yang mendalam untuk meneroka dunia serta mencapai potensi penuh mereka.

Kanak-kanak itu merasai pengalaman sains yang menarik melalui pameran interaktif dan melihat dunia laut yang indah iaitu kehidupan marin di Malaysia dan seluruh dunia.

Kanak-kanak dapat belajar, meneroka dan menambahkan pengalaman mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kehidupan marin.