Lebuhraya SMART tutup selamatkan pusat bandar daripada banjir

Uncategorized Yen Doran 24-Dis-2019

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam satu kenyataan menyebut penutupan sementara sebelum ini dilaksanakan setelah menerima arahan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk pengaliran lebihan air Sungai Klang dan Sungai Ampang akibat hujan lebat.

Ini telah menyelamatkan pusat bandar Kuala Lumpur daripada satu lagi banjir besar.

Lebuhraya SMART dibuka semula sepenuhnya kepada lalu lintas mulai 9 malam 24 Disember selepas ditutup sejak 6.30 petang semalam.

Pihak pengurusan SMART turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi para pengguna.