Lelaki derma darah 200 kali

Uncategorized Hafiz Firdaus 12-Dis-2019

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Terengganu, Lans Koperal Zakaria Omar dari Kampung Baru Tetambah telah mencatat sejarah apabila menjadi penderma darah tertinggi sebanyak 200 kali, seperti yang direkodkan oleh Unit Tabung Darah (UTD) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu.

Zakaria mula menderma darah sejak 1995 selepas mengikuti rakannya ke program derma darah sewaktu bertugas di Kuala Lumpur. Beliau menderma darah tiga bulan sekali dan amalan ini  telah sebati dengan kehidupannya.

Selain menderma darah adalah baik untuk kesihatan, ia turut memberi kepuasan apabila dapat membantu mereka yang memerlukan.

Beliau juga dianugerahkan Sijil Penghargaan Penderma Tertinggi di UTD HSNZ.