Lembaga Tabung Haji (TH) umum pertukaran kontrak simpanan kepada Wakalah

Hajj MAS 14-Dis-2019

Prof Dr Ashraf Hashim berkongsi pandangan beliau atas manfaat kepada pendeposit, kesan peralihan kontrak daripada Wadiah Yad Dhamanah. Deposit menerusi Wadiah Yad Dhamanah merupakan hutang manakala melalui Wakalah, deposit berbentuk modal.

Kedua-duanya dijamin kerajaan dan layak mendapat pulangan. Namun demikian, kontrak berbentuk hutang mengakibatkan pulangan adalah atas budi bicara TH. Berbeza dengan Wakalah yang mengakibatkan TH mengagihkan semua pulangan kepada pendeposit selepas ditolak kos pengurusan, kos haji dan zakat.

Pengurusan deposit melalui Wakalah juga menuntut TH lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan telus dalam pengurusan deposit. Dividen yang diperoleh akan bergantung kepada hasil pelaburan dan perniagaan dan tidak bergantung kepada akad (kontrak).

Artikel berkaitan
Agama Hanita Hassan 31-Jul-2020 Apakah maksud Badal Haji?
Pendapat
Pendapat 30-Jul-2020
Abi Aasim
Kolumnis

Usahlah disia-siakan usaha dan kerja keras barisan petugas hadapan negara dan rakyat Malaysia yang patuh sebelum ini. Jika terlupa atau kurang pasti, di sini saya ingatkan semula tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika meraikan Hari Raya Korban ini.

Teruskan Teruskan
Dunia Zalika Adam 06-Jul-2020 Haji tahun ini – 70% orang yang bermukim di Arab Saudi
Pendapat
Pendapat 29-Apr-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Sebenarnya, memang antara niat dan impian saya untuk menunaikan ibadah haji pada usia muda. Ini supaya dapat menunaikan haji dengan lancar sewaktu keadaan fizikal berada pada tahap terbaik.

Teruskan Teruskan