Lihat Dunia Berbeza Dengan Siri OPPO Reno

Suka Ili Farhana 03-Jun-2019

OPPO baru-baru ini telah melancarkan produk revolusinya Reno 10x Zum di Malaysia dan sekaligus memperkenalkan era baharu dalam fotografi telefon pintar. Sama seperti telefon dalam siri Reno, Reno 10x Zum menggunakan teknologi terkini baik dari segi perisian mahupun perkakasan serta didatangkan dalam rekabentuk yang unik.

“Reno menyasarkan ‘trendsetter’ muda yang kreatif dengan keinginan yang kuat untuk menonjolkan diri dan mempunyai daya imaginasi yang tiada batasan. Reno menawarkan ruang yang lebih besar untuk interaksi visual, fotografi, hiburan dan pengalaman sosial, memberikan kebebasan penuh kepada kreativiti setiap individu,” kata Nikki Chen, Pengarah Jenama OPPO Malaysia.

Dengan fungsi seperti fotografi cahaya rendah, potret artistik, kualiti muzik dan bunyi yang dipertingkatkan, pengecasan pantas dan sistem pengoptimum peringkat tinggi, OPPO Reno 10x Zum membolehkan para pengguna untuk merealisasikan visi artistik mereka dengan mudah.

Siri Reno juga dilengkapi dengan skrin panorama penuh, dengan Reno 10x Zum yang memberikan paparan skrin OLED 6.6 inci yang besar. Bahagian bawah siri Reno ini hanya berukuran 3.5mm, memberikan nisbah skrin yang mengagumkan sehingga 93.1%. Siri Reno juga dilengkapi dengan Corning® Gorilla Glass generasi keenam, sekaligus meningkatkan ketahanan paparan.

Untuk penggemar fotografi, kamera belakang OPPO Reno mempunyai tiga jenis lensa– lensa utama 48MP, lensa telefoto 13MP dan lensa ultra-lebar 8MP. Lensa-lensa ini bekerjasama untuk merealisasikan panjang fokus penuh 16mm-160mm, lalu mencapai 10x Zum Hibrid dan 60x Zum Digital. Kamera utama 48MP menggunakan penstabilan imej optik (OIS) dan motor tertumpu gelung-tertutup untuk mengabadikan semua detik istimewa hidup dengan jelas dan dalam masa nyata tanpa tertinggal sedikit pun butiran.

Selain itu, fungsi terbaru Mod Malam Ultra 2.0 meningkatkan lagi kejelasan dan kecerahan imej melalui pengurangan gangguan komposit pelbagai bingkai dan teknologi HDR pelbagai bingkai. Ini membolehkan siri Reno memproses wajah dan latar belakang secara berasingan untuk menawarkan kesan tona kulit lalu memberikan hasil gambar yang lebih realistik. Reno 10x Zum juga menawarkan rakaman video 4K UHD pada 60fps, lengkap dengan penstabilan imej optikal dan elektronik.

Pada majlis pelancaran ini juga, OPPO telah mengumumkan pelantikan selebriti tempatan dan usahawan Noor Neelofa binti Mohd Noor (Neelofa) sebagai duta siri OPPO Reno, dan personaliti TV dan pengacara Owen Yap sebagai Ikon OPPO Reno 10x Zoom Explorer.

Harga bagi OPPO Reno (versi standard) adalah RM1,999. OPPO Reno (versi standard) akan mula dijual mulai 28 Mei 2019 di Kedai-kedai Konsep Rasmi OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO dan secara atas talian di laman sesawang rasmi OPPO, kedai rakan e-commerce di Lazada atau Shopee dan juga rakan telco telefon pintar seperti Celcom, Digi dan Maxis.

Untuk OPPO Reno 10x Zum, para pelanggan boleh membuat tempahan pra-pesanan sehingga 17 Jun 2019 dan akan menerima hadiah pra-tempahan tambahan bernilai sehingga RM877 (Smartphone Gimbal Stabilizer berharga RM599; lanjutan setahun jaminan dan jaminan perlindungan skrin bernilai RM139 setiap satu). Pra-tempah boleh dibuat di Kedai-kedai Konsep Rasmi OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO dan secara atas talian di laman sesawang rasmi OPPO, kedai rakan e-commerce di Lazada atau Shopee. Para pelanggan pra-tempahan boleh mengambil telefon mereka bermula dari 18 Jun 2019.