Lima MoU dimeterai sempena Sidang Kemuncak KL 2019

Uncategorized Adea Ghafar 19-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Lima Memorandum Persefahaman (MoU) telah dipersetujui di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di mana ianya melibatkan pertukaran belia, keselamatan makanan, pusat kecemerlangan, kerjasama media serta keselamatan dan pertahanan.

Antara yang telah memeterai perjanjian-perjanjian tersebut adalah Baladna (Qatar) dan Felda Bhd bagi usahasama projek tenusu, dan kerjasama kerajaan Malaysia, Indonesia, Pakistan, dan Turki yang memfokus kepada penyelidikan bidang saintifik dan tekonologi tinggi.

Composites Technology Research Malaysia (CTRM) dan Turkish Aerospace Industries (TAI) akan bekerjasama dalam teknologi baharu serta modal insan. Sebuah pusat komunikasi bagi memerangi Islamofobia juga ditubuhkan oleh organisasi media Malaysia dan Turki.