Lionel Messi jaringkan 50 gol buat tahun keenam berturut-turut

Uncategorized MAS 22-Dis-2019

Lionel Messi mencipta sejarah dengan rekod jaringan 50 gol buat tahun keenam berturut-turut. Gol ke 50 tersebut dijaringkan dalam perlawanan Barcelona menentang Alaves di Camp Nou.

Messi membuat jaringan pada minit ke-69 untuk membantu Barcelona menang 4-1 dan mengekalkan tempat teratas LaLiga.

Penyerang Argentina itu menjaringkan 50 gol daripada 58 perlawanan untuk kelab dan negara tahun ini. 34 gol dijaringkannya dalam 32 perlawanan LaLiga dan lapan dalam Liga Juara-Juara Eropah. Messi turut menjaringkan tiga gol dalam Copa del Rey dan lima gol ketika mewakili skuad Argentina.

Pencapaian mengagumkan sepanjang 2019 turut menyaksikan Messi meraih gelaran Ballon d’Or keenam beliau.