Lisa Surihani Kini Berhijab

Pelakon wanita terkenal tanah air iaitu Lisa Surihani kini tampil berhijab.

Keputusan untuk memakai hijab sepenuhnya datang sekembalinya Lisa dari mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan dua anaknya beberapa minggu yang lalu.

Namun Lisa tidak pernah membuat pengumuman rasmi di akaun media sosialnya tentang keputusannya untuk berhijab sepenuhnya.

Tetapi sejak kelmarin, akhbar atas talian serta portal-portal tempatan mula mengeluarkan berita tentang Lisa yang kini sudah berhijab.

Menerusi kemaskini terbaru Lisa di Instagram, kelihatan beberapa foto dirinya berhijab selepas pulang dari umrah dan kembali bekerja.

Alhamdulillah. SalamToday turut menumpang gembira dengan penghijrahan imej terbaru Lisa ini. Kami doakan semoga Lisa terus istiqomah dan dipelihara oleh Allah S.W.T

 

Sumber : Instagram Lisa Surihani