Liverpool tewaskan Flamengo untuk dinobat Juara Dunia Kelab

Uncategorized MAS 22-Dis-2019

Roberto Firmino menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memastikan Liverpool dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Kelab. Juara Eropah tersebut menewaskan juara Amerika Selatan, Flamengo 1-0 di Doha, Qatar.

Liverpool memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol sebelum perlawanan diheret ke masa tambahan tetapi mensia-siakannya. Liverpool terlepas daripada memperoleh sepakan penalti pada penghujung permainan selepas rujukan video bantuan pengadil (VAR).

Masa tambahan didominasi Liverpool dan Firmino berjaya menjaringkan gol pada minit ke-99, hasil lorongan Sadio Mane. Pemain gantian, Lincoln berpeluang menyamakan kedudukan untuk Flamengo pada minit ke-119, namun percubaannya tersasar. Liverpool akhirnya berjaya menjuarai pertandingan tersebut buat pertama kalinya.