LOFA – Jenama Pakaian Terbaru Dari Neelofa

Neelofa Lofa

Selebriti dan mogul perniagaan terkenal iaitu Noor Neelofa telah melebarkan lagi sayap perniagaannya apabila telah memperkenalkan jenama pakaian terbaru iaitu LOFA hasil kerjasama bersama syarikat Coolulu yang berpangkalan di United Kingdom..

LOFA adalah jenama istimewa di mana di bawah jenama ini, Neelofa akan memasarkan pakaian ‘street wear’ yang lebih segar dan muda. Turut terdapat di bawah rangkaian jenama LOFA ini adalah minyak wangi.

Buat permulaan, LOFA menawarkan baju panas serta ‘hoodie’ yang bercetak jenama LOFA di hadapan. Menariknya kedua-dua jenis pakaian ini boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan.

 

Selesa serta praktikal adalah nadi kepada rekaan setiap helaian yang direka oleh LOFA. Anda boleh mencipta gaya anda sendiri mengikut kreativiti dan imaginasi anda. Material fabrik yang digunakan pula adalah 80 peratus kapas jenis ‘ringspun’ dan 20 peratus polister.

Untuk mendapatkan setiap koleksi dari LOFA, anda boleh membeli secara dalam talian di laman sesawang mereka iaitu lofabrand.com 

Setiap pembelian akan melalui proses penghantaran terus dari United Kingdom dan mengambil masa 7 hari untuk untuk proses penghantaran.

 

Tahniah dari SalamToday untuk Neelofa.

 

Sumber : Lofabrand.com