Lynas optimis penuhi syarat pembinaan PDF

Uncategorized Syed Safri 05-Dis-2019

KUANTAN, 5 Dis — Syarikat Lynas Malaysia yang memproses nadir bumi di Gebeng, amat yakin dapat menyiapkan surat persetujuan serta pelan-pelan perancangan dan pembiayaan tapak pelupusan kekal (PDF) bagi sisa Water Leached Purification (WLP) tepat pada masanya.

Pengurus Besar Pematuhan Keselamatan dan Pengawalan Radiasi, Prof Ismail Bahari berkata, Lynas akan terus memenuhi semua aspek perundangan dan peraturan yang disyaratkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Syarat-syarat bagi pelanjutan operasi Lynas pada 15 Ogos lalu, juga dijangka dapat dicapai sebelum tempoh akhir lanjutan lesen pada 2 Mac depan, antaranya termasuk pembinaan PDF tempatan atau membawa sisa WLP ke luar negara.