Madu makanan yang dapat mencegah sakit

Selera Zalika Adam 11-Sep-2020
dreamstime_s_43330979
Madu makanan sunah © Szabolcs Borbely | Dreamstime.com

Islam sentiasa menggalakkan umatnya agar sentiasa menjaga kesihatan. Kerana pepatah Arab ada mengatakan ‘Akal yang sihat daripada tubuh badan yang sihat’. Madu merupakan  makanan sunah yang digalakkan. Madu dalam bahasa Arab disebut ‘A’sal’ mempunyai beberapa keistimewaan.

Kelebihan madu juga jelas terbukti apabila terdapat surah khusus dalam al-Quran menceritakan tentang lebah, iaitu surah an-Nahl. Seterusnya, di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis madu yang dijual di pasaran, seperti madu Tualang (madu yang sarangnya dibuat di atas pokok yang bernama Tualang), madu Tunga (khas daripada bunga), madu Kelulut (diambil dari akar-akar atau tunggul pokok), madu Sidr (berasal daripada Yaman) dan madu Syifa (daripada Arab Saudi).

Untuk mengetahui keaslian madu, apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk, keadaan madu tidak membeku dan tidak berubah warna. Madu yang membeku dikatakan antara madu campuran dan tidak asli. Khasiat semulajadinya juga sudah hilang.

Dalam al-Quran menyebutkan beberapa ayat berkaitan madu dan lebah (al-Nahl). Antaranya: Firman Allah SWT bermaksud: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia (68).

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir (69).” (Surah An-Nahl: ayat 68-69)

Kandungan dalam madu:

  • 80% gula asli (Fruktosa dan Glukosa)
  • 8% air, nisbah air yang rendah
  • 2% vitamin, besi dan protein

Antara keistimewaan madu adalah seperti berikut:

  • Makanan nutrisi semulajadi yang tinggi untuk kanak-kanak dan dewasa. Ia juga boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama
  • Melawan kuman dan mikrob. Ia boleh membunuh mikrob, virus dan juga sebagai bahan untuk mengurangkan kanser
  • Mengurangkan tahap lemak dalam badan. Mencegah masalah kegemukan, masalah jantung yang boleh menguranagkan kolestrol dan lemak dalam darah
  • Mencegah sakit dalam sistem penghadaman. Iaitu melalui saluran usus halus sehingga ke saluran darah
  • Menjaga gigi dan gusi. Ia dapat mencegah dari karies gigi dan perkembangannya sihat dan dapat menguatkan gigi
  • Mencegah daripada kanser. Ia mengandungi banyak vitamin dan bahab-bahan melawan asid ‘Pinocembrin’ yang hanya terdapat pada madu
  • Merawat batuk. Iaitu dapat menghilangkan sakit tekak dan mengurangkan lendir di tekak
  • <enambahkan hemoglobin dalam darah
  • Makanan tambahan yang baik untuk ahli sukan, iaitu dapat menambahkan ketahanan badan dan meninggikan glukosa dalam badan
  • Merawat ketika mengalami badan terbakar – Madu mengandungi bahan enzim yang membantu menghasilkan biroksid hidrogen yang dapat membantu merawat luka dan mengurangkan sakit serta menghalang kuman dan bakteria daripada membiak

Oleh itu, madu adalah makanan sunah yang perlu ada di setiap rumah. Kegunaannya amat banyak dalam kehidupan harian kita. Mencari madu yang asli dapat membantu menjaga kesihatan.