Magis tangan Darleen

Uncategorized Adea Ghafar 10-Dis-2019

Darleen Nur Adila Zakir, 25 tahun, mendapat perhatian warganet selepas memuat naik video bermain piano dan keyboard secara serentak bagi gabungan lagu Memories nyanyian kumpulan Maroon 5 dan muzik klasik Canon In D. Video selama 44 saat dengan lebih 312,000 tontonan itu memperlihatkan Darleen bermain keyboard dengan tangan kanan dan piano dengan tangan kiri.

Bercerita lanjut, anak sulung kepada Zakir Zinnon, 50, yang juga bekas pemain drum kumpulan popular era 80-an, Bloodshed, telah bermain piano sejak berusia tujuh tahun dan keyboard waktu di sekolah menengah.

Darleen turut menggunakan kemahiran bermain piano untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebagai tutor muzik persendirian.