Mahathir dan Presiden Iran adakan pertemuan di Putrajaya

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Iran, Presiden Iran Hassan Rouhani, mengadakan perbincangan selama kira-kira 45 minit di Pejabat Perdana Menteri,  hari ini.

Hadir sama Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Presiden Iran itu akan bersama-sama Dr Mahathir dan pemimpin negara Islam yang lain, menyertai Sidang Kemuncak KL yang bermula pada 18 Disember dan berakhir Sabtu.

Sidang Kemuncak KL menghimpunkan pemimpin, cendekiawan, ulama dan pemikir Islam, persidangan itu juga berhasrat untuk menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan negara-negara Islam selain berusaha untuk memulihkan tamadun Islam.