Mahkamah tolak permohonan jamin dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung kes Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE)

Uncategorized MAS 18-Dis-2019

Mahkamah Sesyen Melaka menolak permohonan jaminan dua ADUN dan seorang ketua pegawai perbadanan yang dituduh menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Permohonan daripada ADUN Gadek, G Saminathan, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran dan S Chandru, ditolak kerana melibatkan keselamatan negara menurut Hakim Elesabet Paya Wan. Pihak pembelaan juga gagal menampilkan merit dan sebarang keadaan khas mengapa jaminan itu perlu diberikan.

Hakim Elesabet membenarkan pihak pembelaan mengemukakan permohonan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh, semalam. Kes itu juga diarahkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa memberi sokongan kepada LTTE dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Melaka pada 28 November 2018.