Mahu Awet Muda? Ambil 10 Makanan Ini

Kekal awet muda menjadi idaman ramai wanita. Hati mana yang tidak berbunga-bunga apabila dipuji kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Oleh kerana itu, banyak pengusaha produk suplemen berlumba-lumba mengeluarkan produk yang kononnya membantu mencegah penuaan.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa ada cara semula jadi yang lebih menjimatkan? Cuba amalkan pengambilan makanan berikut dalam diet harian anda!

1) Air Kosong

Minum banyak air kosong untuk memastikan organ-organ badan berfungsi dengan baik. Jika tubuh badan kekurangan air, ia juga boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kusam. Masalah kulit ini membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua daripada usia.

2) Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksida yang mampu mencegah penyakit akibat penuaan. Lemak tidak tepu di dalamnya turut membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.

3) Ikan Salmon
Ikan Salmon kaya dengan kandungan Omega 3 yang sangat baik untuk kesihatan kerana fungsinya untuk mengurangkan berat badan, memperbaiki mood dan menyihatkan kulit.

4) Pisang
Buah pisang merupakan salah satu pilihan makanan ringan yang menyihatkan. Buah ini juga kaya dengan kalsium yang khasiatnya membantu mengembalikan keseimbangan elektrolit serta menyerap lebihan air yang ada dalam tubuh.

5)Teh hijau
Seseorang yang mengamalkan pengambilan teh hijau akan kelihatan lebih muda lima tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang kerap meminum teh biasa.

6) Tomato
Dalam kandungan buah tomato terdapat pigmen merah (likopen) yang khasiatnya dapat untuk membantu untuk memperlahankan proses penuaan.

7) Epal
Salah satu zat antioksidan yang ada di dalam buah epal dapat membantu membunuh virus.  Lebih baik makan bersama kulitnya kerana khasiat epal terdapat di bawah kulit.

8) Kacang badam
Kandungan vitamin E yang tinggi pada badam sangat baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku. Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi sel daripada serangan radikal bebas yang dihasilkan oleh pencemaran udara dan sinaran ‘ultra violet’.

9) Strawberi

Antioksidan yang terdapat pada strawberi dapat meningkatkan penghasilan kolagen yang membantu menjaga kulit tetap halus dan tegang. Manakala, kandungan vitamin C dipercayai mampu menyamarkan garis-garis halus pada wajah anda.

10) Mengkudu
Buah mengkudu yang telah masak mengandungi bahan antiseptik yang berfungsi untuk melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Kredit Foto : David Boozer, Toa Heftiba & Geo Darwin, Unsplash