Makanan popular dalam talian sepanjang PKP

Makanan Abi Aasim 27-Mei-2020
Roti Canai pilihan semua © Keechuan | Dreamstime.com

Bermula 18 Mac 2020, negara kita telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sepanjang tempoh ini, sememangnya pesanan makanan dalam talian mendapat sambutan yang begitu tinggi.

Berikut adalah beberapa makanan yang popular sepanjang tempoh PKP ini.

Roti Canai – roti canai adalah masakan yang berasal dari negara India. Roti canai menjadi pilihan ramai tanpa mengira bangsa. Kebiasaannya roti canai dinikmati sewaktu bersarapan. Namun di Malaysia, kebanyakan restoran mamak menghidangkan roti canai 24 jam sehari.

Nasi Goreng – nasi goreng juga merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat Malaysia sepanjang tempoh PKP. Pelbagai variasi nasi goreng seperti nasi goreng ayam, nasi goreng udang, sotong, ayam (nasi goreng USA) dan bermacam-macam jenis lagi nasi goreng yang ada untuk dipilih oleh pelanggan.

Ayam goreng dan Pizza – ayam goreng dan pizza juga menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang PKP.

Makanan yang sering menjadi pilihan di restoran mamak, iaitu roti canai kini berada di tangga pertama dalam aplikasi perkhidmatan dan penghantaran makanan Grab Food dan Food Panda.

Memetik laporan The Star, Pengarah Urusan Food Panda Malaysia, Sayantan Das berkata, roti canai dan roti telur merupakan menu paling popular untuk sarapan pagi dan snek.

Menurut Ketua Grab Malaysia Sean Goh, banyak makanan popular yang dipesan adalah terdiri daripada peniaga atau penyedia makanan yang baru. Ini menunjukkan para peniaga khususnya penyedia makanan juga sudah sedar tentang kepentingan menyediakan perkhidmatan pesanan makanan dalam talian.

PKP dan PKPB tidak menjadi penghalang bagi rakyat Malaysia menikmati makanan yang digemari. Permintaan pesanan dalam talian sepanjang PKP dan PKPB ini juga merupakan satu berita positif.

Selain masyarakat sudah semakin arif tentang penggunaan khidmat pesanan makanan dalam talian, ianya juga turut membantu mengembangkan industri perkhidmatan penghantaran seperti Grab food dan Food Panda.

Peluang pekerjaan di dalam sektor penghantaran makanan juga pastinya akan bertambah dengan peningkatan pesanan makanan dalam talian.

Pada bulan Syawal ini dijangka masyarakat Muslim akan kembali memeriahkan semula dunia pesanan makanan dalam talian. Sebagai rakyat Malaysia, makanan merupakan satu budaya yang dikongsi oleh setiap bangsa. Ini juga merupakan salah satu keunikan masyarakat Malaysia.