Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Makanan yang perlu dielak waktu malam!

Makanan 23 Feb 2021
Terkini
Makanan yang perlu dielak waktu malam!
Makanan yang perlu dielak waktu malam! © Leo Lintang | Dreamstime.com

Makan malam sebaiknya adalah di waktu awal malam, tidak lebih dari pukul 8 malam.  Jika anda terlalu sibuk sehingga terlajak waktu makan malam, pastikan jangan melebihi jam 9 malam. Fakta ini bukannya baru, tetapi ia sebenarnya menjadi amalan Rasulullah SAW.

Tetapi jangan pula sampai tidak makan malam atau meninggalkan makan malam kerana diri seseorang itu akan cepat dimamah usia. Selain waktu makan yang perlu diperhatikan, jenis makanan yang diambil juga perlu diambil kira.

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membuat perut jadi buncit, berat badan naik serta sukar melelapkan mata.

Makanan yang perlu dielak waktu malam

Lihat senarai makanan yang perlu dielakkan sebagai makan malam anda.

Pasta

Jika anda sedang berusaha membentuk otot (bina badan), pengambilan karbohidrat memang membantu. Bagaimanapun, ada pilihan yang lebih bijak berbanding pasta.

Pasta merupakan salah satu makanan tinggi karbohidrat yang boleh menyebabkan ukur lilit pinggang bertambah jika diambil pada waktu makan malam. Namun dibenarkan jika makan malam anda selepas melakukan senaman.

Coklat

Coklat bukan sahaja tinggi dengan kandungan gula dan lemak, tetapi ia juga mengandungi kafein. Jika anda seorang yang sensitif atau alah dengan kafein, coklat boleh membuatkan kualiti tidur anda terganggu.

Jangan jadi burung hantu! Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan proses penurunan berat badan.

Cili Api  

Benar, pengambilan makanan pedas boleh membakar lemak badan. Bagaimanapun pengambilan cili api atau cili padi pada masa tidak sesuai boleh menyebabkan pedih ulu hati terutamanya jika diambil selepas jam 9 malam.

Cili akan buat perut rasa tidak selesa sehingga membuat tidur tidak lena.

Daging merah  

Pengambilan protein memang bagus kepada tubuh badan kerana ia mampu memperbaiki tisu-tisu badan terutama setelah melakukan latihan senaman secara intensif. Bahkan, protein juga kurang impak kepada tahap gula dalam darah.

Bagaimanapun, daging merah adalah salah satu makanan yang sukar untuk dicerna. Selain itu, makanan berprotein tinggi juga cenderung membuat proses pencernaan lebih lama sehingga membuatkan seseorang itu sukar hendak melelapkan mata.

Pizza

Mengikut kajian, topping berkeju bersama sos tomato boleh mengubah tidur malam menjadi mimpi ngeri. Sebabnya, kandungan asid dalam tomato boleh menyebabkan sakit perut pada tengah malam.

Lebih teruk lagi, kandungan karbohidratnya juga sangat tinggi. Jadi, risiko berat badan bertambah lebih berganda.

Setiap orang muslim harus menjaga kesihatan jasmani dengan memberikan hak kepada tubuh untuk mendapatkan diet makanan yang sihat.

 “Wahai manusia! Makanlah dari sumber yang (halal) lagi baik (thoyyib) dari apa yang terdapat di bumi, dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

(Quran, surah al-Baqarah, ayat 168)

Jadi, mulai sekarang perhatikan menu makan malam anda agar lebih sihat dan semoga kesihatan kita juga diberkati Allah Taala.