Malaysia bina Taman Perindustrian Gelatin Halal pertama di Asean

Uncategorized Yen Doran 06-Dis-2019

Sanichi Technology Bhd (STB), bakal membina Taman Perindustrian Gelatin Halal pertama Asean di Alor Gajah, Melaka.

Projek ini dikenali sebagai Taman Perindustrian Gelatin Halal Melaka dan akan dibangunkan oleh anak syarikat STB, BCA International Sdn Bhd (BCA dalam dua fasa bagi tempoh lima tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BCA Mohd Hanif Tan, bakal kilang gelatin halal termasuk makanan (yogurt, jeli, gula-gula gummy, minuman), farmaseutikal (kapas styptic, kapsul keras, gel lembut, tablet, kapsul vitamin), kosmetik (produk rambut/kulit, ubat gigi, losyen), perindustrian (perekat, pembuatan kertas, pembuatan kotak), filem (filem gelungan, filem x-ray).