Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020

Uncategorized Adea Ghafar 17-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengumumkan 215 atlet Malaysia ke temasya Sukan Para ASEAN 2020 di Filipina, Januari 2020 adalah kontinjen keempat terbesar di belakang tuan rumah, Filipina (274) diikuti juara bertahan, Indonesia (306) dan Thailand selaku kontinjen terbesar dengan 317 atlet.

Sukan Para ASEAN 2020 itu akan mempertandingkan 16 acara dan akan bermula dari 18 hingga 24 Januari 2020 di New Clark City, Subic dan Manila.

Temasya sukan edisi ke-10 itu adalah yang terbesar dalam sejarahnya. Antara sukan yang dipertandingkan ialah olahraga, badminton, bola sepak, renang, bola tampar duduk dan bola keranjang berkerusi roda.