Malaysia main peranan penting dalam Ekspo Perniagaan Halal Antarabangsa 2020

Perniagaan Yen Doran 06-Dis-2019

Syarikat-syarikat dan pakar-pakar dari Malaysia akan menyertai pameran perniagaan halal antarabangsa di Hyderabad, India mulai 18 hingga 20 Januari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Atoba, Muazzzam Naik, “Kami menghargai pengalaman Malaysia dalam industri halal dan berharap menerima speaker dan syarikat dari negara itu. Sebahagiannya telah mengesahkan penyertaan mereka,”

Negara-negara lain yang akan menyertai program tersebut termasuk Indonesia, Turki, Korea Selatan, Thailand, Iran, Bangladesh, Sri Lanka dan negara-negara Teluk Arab.

Fokus pameran itu termasuk produk dan perkhidmatan dalam sektor makanan dan minuman, farmaseutikal, fesyen, kewangan, runcit dalam talian, logistik dan pelancongan.