Malaysia menang Kostum Kebangsaan Terbaik Miss Universe 2019

Uncategorized Adea Ghafar 09-Dis-2019

Peserta Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2019 kali ke-67 di Atlanta, Amerika Syarikat, Shweta Sekhon, 22 tahun, telah memenangi acara Kostum Kebangsaan Terbaik buat pertama kali.

Pakaian yang bertemakan ‘A Peranakan Indulgence’ daripada kaum Baba dan Nyonya itu direka oleh pereka tempatan, Carven Ong dan ia berjaya menewaskan 89 peserta bagi acara itu.

Carven yang amat gembira apabila rekaannya diiktiraf sebagai yang terbaik, berkata terdapat kebimbangan pada mulanya tentang rekaan itu namun gembira apabila Shweta telah melakukan yang terbaik dan menang.

Shweta hanya berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Pemenang Miss Universe ialah Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan.