Malaysia perhebat hubungan dagang dengan Korea Selatan

Uncategorized MAS 10-Dis-2019

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menggalakkan perdagangan dalam sektor bernilai tinggi dan dipacu teknologi maju dengan Korea Selatan. Potensi industri seperti kenderaan elektrik, keretapi berkelajuan tinggi dan halal dikenal pasti ketika penyertaan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Republik Korea 2019 di Busan.

Syarikat Malaysia juga menerima maklum balas yang positif dengan rakyat Korea Selatan maklum akan persekitaran pro-perniagaan dan keupayaan syarikat-syarikat di Malaysia.

MATRADE akan meneruskan kerjasama dengan perniagaan Korea Selatan dan menghubungkan syarikat-syarikat berkenaan dengan syarikat Malaysia yang sepadan berdasarkan pangkalan data.

Korea Selatan adalah antara pasaran utama negara dan merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia tahun lalu.