Malaysia ramal trend ´slow travel´ meningkat tahun depan

Uncategorized Ahmad Mahmud 13-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Kecenderungan percutian lebih lama atau slow travel yang menekankan pengalaman berbanding destinasi, akan menjadi trend utama 2020 yang dijangka meningkat 20%.

Pelbagai warisan alam dan budaya Malaysia menjadi aset berharga bagi perkembangannya di rantau Asia, kata Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang berucap di majlis Makan Malam Penghargaan Media dan Industri Tourism Malaysia di Glasshouse, Seputeh.

Menurut Skyscanner, pelancong Asia yang meminati slow travel tahun depan adalah Korea Selatan (31%), Hong Kong (29%), Taiwan (28%) dan Jepun (27%). Juga terdapat peningkatan destinasi di Asia berbanding Eropah, sebanyak lebih 75%.