Malaysia, Vietnam wajar ada kerjasama pertahanan dan hubungan antarabangsa

Uncategorized Ahmad Mahmud 07-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dalam ucapannya di Persidangan Majlis Kerjasama Keselamatan di Asia Pasifik (CSCAP) ke-12 di Hanoi, Vietnam pada Khamis lepas menegaskan, sewajarnya Malaysia dan Vietnam memperkukuh kerjasama pertahanan dan hubungan antarabangsa bagi berhadapan cabaran mendatang.

Misi penting Malaysia dan Vietnam menjelang 2020 adalah penganjuran sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi Malaysia dan Vietnam mempengerusikan ASEAN, selain dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

ASEAN harus aktif mengusahakan keamanan dan membawa Amerikat Syarikat dan China kembali ke tengah dan mengelak daripada melebarnya jurang antara kedua negara tersebut.