Malindo Air Tawar Laluan Penerbangan Ke Sydney

Malindo Air akan memulakan perkhidmatan laluan penerbangan terbaharunya dari Kuala Lumpur ke Sydney, Australia, melalui Denpasar, Indonesia bermula 14 Ogos 2019.

Harga promosi yang ditawarkan adalah daripada RM799 sehala bagi kelas ekonomi, dan RM2,899 sehala untuk kelas perniagaan.

Penerbangan dengan kekerapan sekali sehari itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.15 malam waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai pada pukul 9.35 malam, waktu Indonesia untuk transit selama satu jam, sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada pukul 6.40 pagi.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Sydney sebagai destinasi penerbangan Malindo Air ke-5 di Australia selepas Perth, Brisbane, Melbourne dan Adelaide.

“Kami percaya, perkhidmatan penerbangan terbaharu ini berupaya untuk menarik potensi perniagaan dan pelancongan antara kedua-dua negara, selain memenuhi permintaan meningkat penumpang,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy.

Bagi laluan penerbangan tersebut, Malindo Air akan menggunakan pesawat Boeing 737-900ER dengan 12 tempat duduk bagi kelas perniagaan dan 168 tempat duduk kelas ekonomi.

Sebarang maklumat terbaharu dan promosi Malindo Air boleh didapati di:

Twitter: https://twitter.com/malindoair

Facebook: https://facebook.com/MalindoAirMalaysia

Instagram: https://instagram.com/malindoair

Foto: Malindo Air & Keith Zhu (Unsplash)