Malindo Air ulangi tiada pihak dilantik jual tiket udara

Uncategorized Yen Doran 18-Dis-2019

Malindo Air mengulangi bahawa tiada individu yang dilantik untuk menjual tiket penerbangan bagi pihak syarikat penerbangan berkenaan, pada 18 Disember.

Individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan nama syarikat penerbangan dan Pengarah Strategi Kumpulan itu, Datuk Chandran Rama Muthy, untuk mendapatkan wang dengan menjual tiket penerbangan secara tidak sah.

Aduan telah diterima daripada penumpang bahawa individu berkenaan telah mengutip pembayaran dan melarikan diri.

Malindo Air menasihatkan semua penumpang supaya membeli tiket penerbangan masing-masing melalui www.malindoair.com atau lapangan terbang dan pejabat tiket bandar yang dikendalikan oleh Malindo Air atau mengunjungi ejen perjalanan yang sah.

Penumpang boleh menghubungi 03-78415388 untuk maklumat lanjut.