Malu itu kecantikan wanita, tetapi jika berlebihan?

Iman Zalika Adam 08-Okt-2020
Muslim African woman fearing the worst, remembering Allah
Malu itu kecantikan wanita, tetapi jika berlebihan? © Milkos | Dreamstime.com

(Terjemahan SalamWebToday bahasa Arab)

Malu itu kecantikan wanita, tetapi jika berlebihan? Sebahagian daripada kecantikan wanita terletak pada malu. Ia salah satu sifat yang sangat diperlukan oleh seorang wanita. Namun, kadang-kadang sikap terlalu malu sehingga ke tahap mencegah perkahwinan itu berjalan dengan cara yang telah ditulis oleh Allah SWT.

Si suami mungkin mendapati bahawa wanita yang dinikahinya itu terlalu malu bersamanya. Sekiranya malu itu merupakan perkara yang wajib yang mendorongnya memilih selainnya, sehingga memberikan ketenangan pada agama dan akhlaknya, maka tidak mungkin berlakunya diam sepanjang waktu selepas berkahwin.

Contohnya sehingga tidak mahu bersama (melakukan persetubuhan) kerana malunya yang berlebihan. Perkara ini menyebabkan berlakunya pergesaran (mengejutkan) bagi seorang lelaki selepas berkahwin.

Perkara ini juga tidak mungkin berlaku terhadap wanita yang dipilih dan disayanginya pada situasi tersebut. Oleh itu, kita cuba untuk mengenal pasti tabiat wanita dan bagaimana berurusan bersamanya untuk menjadikan kehidupan perkahwinan itu berjaya.

Sifat terlalu malu isteri bukan keaiban

Suami yang dikasihi, perlulah sedar bahawa sifat terlalu malu yang ada pada isteri bukanlah satu keaiban, bahkan ia sebaliknya. Ia adalah satu ciri keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada seorang wanita dan menjadikannya pakaian.

Sekiranya didapati wanita itu malunya kurang sebelum berkahwin, adakah si suami menerimanya untuk mengahwininya? Maka, didapati malu dianggap satu perkara semulajadi yang tidak dapat disangkal.

Tetapi, permasalahan berlaku apabila malu itu berlarutan selepas berkahwin. Ia memberikan kesan pada hubungan wanita bersama suaminya dari segi percakapan dan pendengaran. Seseorang wanita itu tidak berani mengatakan perkataan yang menyentuhnya untuk si suami.

Isteri pemalu juga akan lari daripada suaminya, apabila dia merasakan suami menghampirinya untuk bersama. Hal ini menyebabkan hubungan perkahwinan menjadi rosak dan merasakan kesedihan dan kebosanan. Oleh itu, cara pertama untuk merawat ialah tidak berasa sedih dan berputus asa dan perlu kreatif pada permulaan perkara ini agar berterusan bersamanya.

Suami perlu redakan suasana dan jiwa isteri

Kebiasaanya, pada awal perkahwinan si isteri sangat pemalu, walaupun dia sangat mencintai suaminya. Walaupun begitu, dia belum pernah menyerahkan dirinya kepada orang lain sebelumnya. Isteri mungkin masih takut dan khuatir dengan pelbagai perkara dan pendapat.

Jadi, sang suami perlulah meredakan suasana dan jiwanya yang tidak tenang, Cara yang terbaik dilakukan ialah mengerjakan solat bersama, kemudian duduk bersamanya dan bercakap.

Cuba ubahkan beberapa topik sehingga isteri lupa apa yang difikirkan dan ditakuti. Suami boleh menyokongnya sedikit sehingga serasi bersama dan menjadikan segalanya elok.

Bersikap lemah lembut dengan isteri

Bersikap lemah lembut ketika berurusan dengan isteri, kerana wanita itu sangat pemalu. Juga sangat sensitif dalam memahami segala yang ada di sekelilingnya, walaupun dengan sedikit petunjuk.

Tetapi si isteri menemukan kekuatan dalaman yang sebelumnya tidak boleh diatasinya sama sekali. Maka, cubalah bersikap lembut dalam percakapan dengannya agar suami boleh mendapatkan apa yang diinginkan.

Biarkan masa ‘memecahkan papan salji’

Jangan tergesa-gesa, biarkan masa ‘memecahkan papan salji’ di antara kamu berdua. Ia disebabkan wanita itu mempunyai jiwa yang berbeza daripada lelaki. Jangan bersikap kasar dalam menghakimi isteri, kerana apa yang dilihat suami tentangnya akan hancur seiring dengan berlalunya waktu.

Ketahuilah, bahawa isteri anda mungkin lebih menyayangi kamu daripada apa yang dapat dibayangkan, tetapi malu yang teramat menghalangnya untuk meluahkan perasaan dan emosi.

Berikan hadiah kepada isteri

Berikan pada isteri beberapa hadiah, antaranya buku nota untuk ibu-ibu yang beriman. Atau dapatkan buku berkaitan interaksi suami isteri dalam Islam. Biarkan isteri membaca sendiri buku-buku tersebut dan mengetahui sifat malu yang ada pada dirinya tidak perlu diubah. Seorang suami mempunyai hak ke atas isterinya.

Berhati-hati dengan perasaan isteri

Berhati-hatilah dengan perasaan isteri. Pada masa yang sama, jadilah kamu orang yang pertama menyampaikan perasaan kepada isteri. Menyatakan cinta dan menggoda kecantikannya. Maka, hari demi hari, akan berlakunya tindak balas dan masalah akan berakhir. Pada masa itu, kamu akan merasakan kebahagiaan, keharmonian dan keserasian.