Mencarut Sudah Menjadi Tabiat?

Sedar ataupun tidak, dalam percakapan kita seharian mungkin ada perkataan mencarut yang kita sudah terbiasa menyebutnya. Apabila sudah sering terungkap perkataan mencarut, lama kelamaan ia akan menjadi habit buat kita.

Perkara ini mungkin kedengaran cool dan trendy kerana kononnya anda akan kelihatan lebih mesra dan mudah didekati. Tetapi adakah ini budaya yang kita akan terapkan untuk generasi akan datang?

Kata-kata kesat seperti sudah sebati dalam perbualan harian kita. Malah di ruangan komen di media sosial juga penuh dengan perkataan sebegini.

Allah S.W.T  telah berfirman:

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
(Al-Humazah: 1)

Allah SWT juga berfirman kepadamu:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim…
(Al-Hujurat: 11)

Marilah kita bermuhasabah diri sejenak. Pernahkah kita terfikir setiap yang terlafaz dari mulut kita mungkin bertukar menjadi doa andai diizinkan oleh Allah SWT. Jadikanlah selawat dan zikir sebagai pembasah lidah. Sekurang-kurangnya dapat juga kita mengumpul pahala daripada kita terus-terusan menyebut kata-kata yang hanya menambahkan dosa. Apa yang keluar dari mulut kita sebenarnya mencerminkan siapa sebenarnya diri kita.

 

Sumber : www.tarbiahsentap.com

Sumber Foto : JW.org