Manfaat bela kucing terhadap emosi dan psikologi

Kesejahteraan Mental Md Wa'iz
Md Wa'iz
Manfaat bela kucing terhadap emosi dan psikologi
Manfaat bela kucing terhadap emosi dan psikologi © - Dreamstime.com

Pasti ramai yang ada membela kucing di rumah, bukan? Ada yang membela seekor atau dua ekor kucing. Ada juga yang membela sehingga belasan ekor kucing disebabkan minat masing-masing.

Tahukah anda, membela kucing terbukti memberikan manfaat terhadap psikologi dan emosi kita?

Kucing sebabkan psikologi kita lebih baik

Satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati, individu yang membela kucing mempunyai tahap psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak membela kucing. Individu yang membela kucing didapati lebih gembira, tenang dan kurang gementar dalam kehidupan mereka.

Selain itu, ada juga kajian mendapati, kanak-kanak yang mempunyai ikatan yang kuat bersama kucing, mempunyai kualiti hidup yang lebih baik. Semakin rapat anak-anak anda bersama kucing, makan mereka akan menjadi lebih bertenaga, memberikan tumpuan dan kurang berasa sedih atau berseorangan.

Kucing buatkan kita lebih gembira

Di saat kita sedang bersedih atau kurang gembira, cuba luangkan sedikit masa bersama kucing anda. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa mereka yang meluangkan masa bersama kucing akan mempunyai emosi negatif yang lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mempunyai kucing.

Malah kajian mendapati, orang bujang yang mempunyai kucing kurang mempunyai emosi yang negatif berbanding mereka yang juga mempunyai kucing, tetapi berpasangan.

Kucing membentuk peribadi kita

Sebenarnya, kucing boleh membantu membentuk peribadi kita. Kajian ada menyatakan, individu yang membela kucing adalah seorang yang lebih sensitif dari segi sosial. Mereka juga lebih mempercayai dan menyukai individu lain berbanding mereka yang tidak membela kucing.

Jika anda membela kucing, anda sebenarnya cenderung untuk berfikir bahawa orang lain akan lebih menyukai anda berbanding mereka yang tidak membela kucing atau haiwan lain.

Selain itu, mereka yang menonton video berkaitan kucing berasa lebih disokong oleh orang lain berbanding mereka yang tidak menontonnya.

Kucing boleh bantu tingkatkan kesihatan kita juga

Tahukah anda, salah satu fakta yang mungkin jarang kita dengari ialah berkenaan manfaat kucing terhadap kesihatan fizikal kita. Penyelidikan membuktikan bahawa, mereka yang membela kucing kurang cenderung untuk menemui maut yang disebabkan oleh serangan jantung.

Mereka yang membela kucing juga didapati kurang mengalami masalah seperti sakit kepala, sakit belakang atau selesema.

Bela kucing untuk kesihatan mental anda

Kucing sememangnya sejenis haiwan yang tenang. Disebabkan sifat tenang yang ada pada kucing, ia juga secara tidak langsung memberikan ketenangan kepada mereka yang memeliharanya. Kucing juga haiwan yang manja yang boleh dijadikan sebagai teman di rumah.

Bayangkan jika anda stres setelah pulang ke rumah dari tempat kerja, kucing pasti dapat mengurangkan stres yang dialami oleh anda disebabkan gelagat dan kelakuannya yang menyenangkan hati.

Enjoy Ali Huda! Exclusive for your kids.