MARA jalin kerjasama untuk penajaan dan jaminan pekerjaan pelajar IPMA

Uncategorized Ahmad Mahmud 04-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah bekerjasama dengan beberapa  syarikat tempatan dalam mendapatkan tajaan pengajian dan jaminan pekerjaan untuk kumpulan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Datuk Mohamed Roseli Dol menegaskan bahawa Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, CIMB dan Pusat Zakat Selangor secara amnya telah bersetuju menawarkan tiga jenis sokongan iaitu jaminan pekerjaan tanpa penajaan pengajian, penajaan pengajian tanpa jaminan pekerjaan dan yang terakhir, dua secara serentak iaitu jaminan tajaan bersama MARA beserta jaminan pekerjaan.

Usaha ini sekaligus dapat mengurangkan pengangguran serta bebanan menaja pelajar menyambung pengajian mereka.