Marrybrown Buka Cawangan Pertama Di Rawang

Penduduk Rawang kini mempunyai lebih pilihan bagi lokasi ‘lepak’ terbaharu untuk menikmati makanan segera kegemaran mereka dengan pembukaan cawangan Marrybrown di Caltex Sungai Choh.

Ia merupakan cawangan pertama bagi rangkaian jenama makanan segera halal dari Malaysia itu di daerah tersebut.

“Kami rasa berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Caltex Malaysia bagi membuka cawangan pertama Marrybrown di Rawang.

“Dengan ini, penduduk Rawang bukan sahaja dapat datang ke sini untuk mengisi minyak kereta mereka, malahan dapat menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan serta merasai keenakan pelbagai hidangan yang disediakan di Marrybrown,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew.

Dengan pelbagai menu lazat dan popularnya seperti Marrybrown Crispy Chicken, Nasi Marrybrown, Mi Kari MB, Chicken  Burger dan banyak lagi, pelanggan boleh menikmati kesemua menu kegemaran mereka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Kami sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan cawangan Marrybrown serta berkongsi pelbagai menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

“Justeru, pada suku keempat tahun ini, kami akan merasmikan beberapa cawangan baharu di sekitar Johor dan Lembah Klang.

“Kami berharap pelanggan dapat memberikan sokongan berterusan kepada Marrybrown dalam setiap perjalanan kami untuk terus mengukuhkan jenama ini,” tambah Joshua.

Sementara itu, Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Shahid Ahmed berkata, pembukaan cawangan Marrybrown di stesen Caltex Sungai Choh itu adalah bagi memberikan pengalaman mengisi minyak kereta dan menjamu selera yang lancar kepada penduduk Rawang.

“Adalah menjadi keutamaan kami untuk mengutamakan pelanggan yang merupakan komuniti setempat.

“Menerusi kerjasama dengan Marrybrown ini, kami berharap dapat meneruskan dan meningkatkan amalan kami, iaitu memberikan pelanggan pengalaman terbaik dan keselesaan dalam satu tempat,” jelas Shahid.

Setakat ini, Marrybrown memberi perkhidmatan kepada kira-kira sejuta pelanggan menerusi 500 cawangan restorannya di 16 buah negara dengan objektif jenama itu untuk menawarkan standard tertinggi dalam kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai bagi pengalaman menjamu selera yang sempurna.

Maklumat lanjut mengenai Marrybrown boleh didapati di:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

Foto: SLPR Worldwide Group

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Dengan pelbagai menu lazat dan popularnya seperti Marrybrown Crispy Chicken, Nasi Marrybrown, Mi Kari MB, Chicken Burger dan banyak lagi, pelanggan boleh menikmati kesemua menu kegemaran mereka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.